SETAHUN LEPAS DIA DIHEMPAPPETIAIS, HARI INI DIA SUDAHTIADA
Selepas 14 bulan terlantar s4kit akibat tragedi dihemp4p peti sejuk, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, 6, mening-gal dunia jam 4.30 petang tadi.Sebelum arwah meniinggaldunia, dia ada meragam tidak boleh tidur.
Bismillah..semalaman Fawwaz tak tido dan meragam disebabkan otot kekejangan. Pkul 4 pagi kami terus gerak dari Senawang ke Melaka untuk bawa Fawwaz berubat dengan Rawatan Saraf Dendrit Al Fateh.Alhamdulillah nampak kembali tenang selepas rawatan. Terima Kasih Semua Yang Mendoakan Fawwaz.
Pada 12 Julai tahun lalu, peti sejuk setinggi kira-kira 1.8 meter itu dibeli bapanya untuk kegunaan perniagaan sebelum tumbang serta menghempap Allahya-rham sehingga mengalami kece-deraan pa-rah.Bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, Allahya-rham menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.
“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya.
“Tapi ALLAH lebih sayangkannya dan dia mening-gal dunia di samping saya dan isteri,” katanya.
Menurutnya, jena-zah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan dan dijangka dikebu-mikan jam 8 pagi esok.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian menimpa kanak-kanak itu pada 13 Julai 2019 dan tragedi itu mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati.
Sinar Harian beberapa kali melaporkan perkembangan keadaan kesihatan Muhammad Fawwaz dan keluarganya tidak pernah berhenti berusaha mendapatkan pelbagai jenis rawatan dengan harapan kanak-kanak itu pulih.