Gurauan Melampau Di Tanah Perkuburan, Remaja Ini Seperti Tidak Hormat Orang Yang Sudah Tiada
SeakAN-akan hilang sudah sensitiviti dalam diri masyarakat masa kini, perbuatan mempersendakan seseorang walaupun individu itu sudah meninggal dunia dilihat semakin menjadi-jadi.
Nak melawak tak bertempat, dunia akhir zaman, manusia zaman sekarang memang semakin berani melakukan perkara yang boleh buatkan mereka jadi perhatian ramai.Bergurau dan bergelak ketawa dengan penuh kegembiraan adalah sesuatu yang tidak dipertikaikan dari sudut keharusannya tetapi perlulah dijaga batasannya.Antara syarat bergurau dan membuat lawak jenaka adalah tidak menjadikan pendustaan jalan untuk menjadikan orang lain ketawa.
Rakaman seorang remaja yang tidak diketahui identitinya , seakan-akan persendakan orang yang sudah tiada. Dia membuat gimik seolah-olah tengah menyanyi dan semua ahli kubur turut menyanyi bersama-samanya. Kejadian berlaku di tanah perkuburan yang tidak diketahui lokasinya.
Cuba fikirkan apakah perasaan sanak saudara orang-orang yang dikebumikan di tanah perkuburan itu rasa. Tujuan remaja ini merakam perbuatan yang tidak menghormati orang tidak diketahui, mungkin sekadar ingin meraih perhatian atau ingin bergurau.Orang ramai menganggap perbuatan itu seperti persendakan agama dan tidak menjaga sensitiviti orang yang sudah tiada.
Jenaka itu tidak mengandungi celaan dan penghinaan kepada orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan itu menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujuraat, ayat 11)
Jangan pula jenaka itu menyebabkan ketakutan dan memberi kebimbangan kepada orang lain kerana Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” (Riwayat Abu Daud).Jenaka itu bukan gurauan pada tempat yang serius dan saat yang diperlukan menangis.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Hiburan Terkini Tempatan.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
